Rabu, 8 Februari 2023

Apa itu Intermittent Fasting ?





Pernah Dengar Mengenai Intermittent Fasting? Inilah Cara Diet Puasa, Bagi Badan Kurus

Apakah Intermittent Fasting?

Intermittent Fasting bukanlah satu kaedah ‘diet’ tetapi ia lebih kepada satu gaya hidup yang sihat . Maksud mudah IF; Anda makan dalam satu tempoh masa dan berhenti makan dalam satu tempoh masa. Mudah kan?

Tempoh masa untuk berpuasa adalah berbeza-beza mengikut kesesuaian gaya hidup anda.Bagi umat Islam, intermittent fasting juga asasnya sama dengan ibadah puasa sunat atau puasa di bulan Ramadhan. Bezanya cuma semasa IF kita boleh minum air dalam tempoh berpuasa.

Selalunya, misi menurunkan berat badan dalam keadaan yang sihat dan berkesan adalah satu misi mustahil. Kenapa mustahil? Ini kerana ramai yang kecundang dan gagal meneruskan diet. Pasti ramai juga yang dah tahu tentang kaedah diet yang semakin popular sekarang ini iaitu Intermittent Fasting (IF)”. Barangkali ada yang dah cuba pun; ada yang dah berjaya atau ada juga yang mungkin berhenti separuh jalan.

Persoalannya, adakah anda betul-betul faham tentang Intermittent Fasting kelebihannya dan teknik yang berkesan yang bersesuaian dengan kebolehan tubuh badan anda? Atau tahukah anda apakah faktor-faktor yang telah menggagalkan perlaksanaan diet anda sebelum ini yang membuatkan anda hilang semangat untuk meneruskannya?

Jom kita discover “ Cara Diet Intermittent Fasting Yang Betul ‘ untuk permulaan langkah pertama bagi meraih bentuk badan yang ideal dan sihat.

Kebaikan Intermittent Fasting

1. Mengurangkan berat badan

  • Membantu proses mengurangkan berat badan
  • Mengurangkan lemak viseral badan.
  • Mengurangkan rasa lapar.
  • Mengurangkan nafsu makan (cravings).

2. Mengelakkan penyakit

  • Meningkatkan sensitiviti insulin badan dan mengelakkan diabetes.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung dengan mengurangkan jumlah kolesterol.
  • Mengurangkan tekanan darah dan mengawal penyakit darah tinggi. 
  • Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.

3. Pembaikian badan

  • Meningkatkan tumpuan dan tenaga.
  • Mengelakkan proses pemusnahan sel. 
  • Merangsang proses pembaikian sel (autophagy) genetik dan DNA.
  • Meningkatkan fungsi kognitif.



Tips Memulakan Intermittent Fasting

Cara yang mudah untuk memulakan Intermittent Fasting adalah dengan mengenali teknik-teknik IF yang bersesuaian dengan kemampuan tubuh anda dan mulakannya dengan perlahan-lahan; bertahap. Jangan teruburu-buru atau over-do untuk mengelakkan sebarang implikasi yang tidak baik terhadap kesihatan anda.

Anda tidak perlu terbatas dengan struktur yang rigid, ukur baju pada badan sendiri dan perbanyakkan meminum air putih untuk mencegah dehidrasi sepanjang proses perlaksanaan Intermittent Fasting.

Ada banyak cara untuk diet Intermittent Fasting.Yang disarankan dan sesuai untuk kebanyakan orang adalah IF 16:8.Intermittent Fasting ini juga dipanggil ‘Time Restricted Feeding’ maksudnya makan dalam tempoh yang terhad sekitar 8 jam dan selebihnya,16 jam berpuasa.

Contoh : Anda dinner pada jam 8.00 malam dan esoknya anda skip breakfast dan ambil lunch pada 12.00 tengah hari.Jadi anda sudah Intermittent Fasting 16 jam .Anda cuma makan dari jam 12.00 tengah hari - 8.00 malam.

Boleh mula secara perlahan-lahan dahulu.Contoh buat 12:12 dahulu dan tambah durasi Intermittent Fasting secara beransur-ansur sehingga dapat 16 jam.Misalnya last makan malam jam 8.00 malam dan esoknya anda breakfast jam 8.00 pagi.Selepas 1 minggu lewatkan breakfast ke pukul 9.00 pagi dan seterusnya.

Jenis Jenis IF


Sebagai kesimpulannya,Intermitteent Fasting adalah satu kaedah diet yang terbukti menyihatkan dan berkesan.Ia juga memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang tinggi untuk mencapai goal yang ditetapkan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua..

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023


3 ulasan:

SET KURUS SHAKLEE

Set Kurus Shaklee set ini membantu memudahkan proses kuruskan badan dengan selamat dan berkesan. Apa yang ada dalam Set Kurus Shaklee? Ada b...